



Pada minggu lalu, sebelum tahun baru Cina, pada 3hb Feb 08, sekali lagi mesyuarat ahli diadakan, walau tidak ramai ahli yang datang, berkemungkinan mereka mempunyai hal masing-masing bersama keluarga ketika sibuk menanti cuti tahun baru Cina pada 7 dan 8 hb Februari. Walaubagaimanapun mesyuarat kali ini berjaya juga diadakan, kami amat berterima kasih pada DC di PJ, jika tidak peluang sebegini tidak mungkin dapat diperolehi. Namun begitu pada hari yang sama juga kami amat bertuah dengan kunjungan Pn Siti Hajar yang begitu anggun sekali hari itu, memberi sedikit penerangan dan tunjuk ajar pada ahli-ahli lama dan baru. Di sini disertakan sekali gambar-gambar ahli-ahli yang menerima hadiah. Hadiah diberi mengikut kategori, contohnya jualan produk tertinggi, pada mereka yang mereka yang sudi berkongsi rahsia dan juga maklumat mengenai produk yang digunakan serta banyak lagi. Rugi rasanya pada mereka yang tidak hadir, kerana ada juga cabutan bertuah! Insya'allah jika diberi peluang mungkin ada lagi, jadi mari kita meramaikan majlis ini pada setiap Ahad
No comments:
Post a Comment